CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 15, 2014

2014




p/s : aku masih lagi manusia biasa, takda apa yg berubah. yang berubah umur je kot.

Sunday, March 24, 2013

Travel Plans-2013


Di sini aku list tempat2 yang aku nak pergi dalam tahunn 2013 ni.

1.Pulau Langkawi, Kedah   done during CNY holidays wif Liza, SMKAJ-mates.

Jumpa Syai-KUPA-mates kat Langkawi sebab dia keja depan Motel aku and dia memang orang Langkawi.
Ni la reason aku nak pi Langkawi sangat2. :)


2.Cameron Highlands also done during CNY holidays wif my big family ..but I plan to go there again becoz tak jelajah lagi ladang strawberry sebab tak cukup masa ...jammed

3. Pulau Pangkor

4. Bukit Tinggi

5. Genting Highlands

Hehe...5 tempat je??
Sebenarnya yang ni je yang dapat terpikir sekarang sebab yang rasa free pun before start praktikal bulan 7 ni. So, lists ni akan aku laksanakan before bulan 7 la. InsyaAllah...

Saturday, February 02, 2013

Summary of January


#Alhamdulillah, aku lulus dengan jayanya exam semester 2 PPF dengan pointer yang agak merundum dari semeseter 1. No big deal..as aku pun bukan study hard sangat. Sesuai la pointer tu dengan usaha aku. Januari aku mula dengan roomate baru, Afiqah-my classmate-tablemate. Kami punya perangai dan taste sama. And yang paling penting, kami sama-sama suka pergi kelas lambat. Bangun awal mana pun, kami akan lambat juga ke kelas.

#My birthday 12th January and my roomie 13th January. On my birthday, she wakes me up at midnight just to wish my birthday and same goes to me when comes to her birthday. Birthday tahun ni, takda apa yang spesel pun...sangat.I hope "they" would celebrate my birthday since I never missed to celebrate their birthday last year, but they're not. Sedeyh :(
My roomie and I celebrate our birthday at Sunway Pyramid wif 2 classmates hujung Januari sebab time tu baru ja dapat elaun. Tapi dalam masa sehari almost 3/4 elaun habis sebab bayar duit buku, kelas, etc... Then, kat Sunway aku tertarik kat 1 handbag Vinnci ni. Dah la less 50% tapi still aku tak mampu nak beli sebab tak cukup duit. Double sedeyh :((

Dari depan : Afiqah-my roomie, Fizah & Lisda - my classmate
Muka kenyang after makan kat Pizza Hut sempena celebrate our birthday.

#And my plan nak pergi jumpa kawan2 UCSI tak jadi sebab 2 weekend berturut2 ada kelas ganti untuk cuti tambahan CNY. Then February pun tak sempat jumpa dorang sebab cuti CNY, mid sem's exam. Dorang pun lepas ni akan busy dengan final exam dorang before clinical year. So, setakat ni taktau bila dapat jumpa dorang.

Setakat ni kot yang aku ingat pasal bulan Januari 2013.


Sunday, November 11, 2012

Family Outing---->Wang Kelian

 
Time dalam train, pukul 5.00am, my Emak texted me tanya pukul berapa sampai Alor Setar and beliau cakap tak boleh tidor and nak ajak texting. Agak cuak la, 5.00am kot, kot la apa2 jadi kat rumah.Layan je la. Walaupun ngantuk sangat sebab 2 hari tak cukup tidor.
Pukul 7.05am, Alhamdulillah, train selamat sampai kat Stesen KTM Alor Setar. Abah datang ambik and terus pegi breakfast roti canai. Maybe Abah tengok muka aku dah macam zombie tak dapat makan otak kot, sebab tu terus pegi breakfast. Memang aku tengah lapar roti canai pun time tu.
Sampai rumah, Emak cakap kami akan pergi Wang Kelian hari tu jugak sebab MakNgah ajak. Patutnya kami p Sabtu ni sebab sepupu2 Abah ajak. Tapi sebab that the only day MakNgah off keja and ramai yang nak ikot, kami join je la.Rehat kejap, pukul 11 kami 12 kami bertolak dari Alor Setar naik Exora Makngah.

Apa yang best dengan Wang Kelian??
Barang dia murah2 gilak. Wang Kelian ni sempadan dengan Msia-Thailand. Peniaga2 plak orang Thailand yang boleh cakap Melayu. Jalan nak p Wang Kelian ni memang agak scary, berbukit2 macam nak pegi Cameron Highlands.1st time pergi dengan bas, ikut rombongan makcik2 kampung aku. Memang scary. Tapi bila pergi dengan kereta, okay ja pun.

 Gerai soft toys
Baru lepas hujan, kawasan jualan ni macam pasar malam. Gerai kiri kanan jalan. Sangat la panjang. Tak mampu den berjalan sampai hujung.

My nieces demam. Baru lepas makan ubat. Depa tidor sepanjang perjalanan.

My friends order jersey ni and the price is RM10. Tapi tak sempat beli sebab sampai ja kat gerai tu, pakcik penjual tu cakap "Yang tu untuk display ja dik, yang lain semua dah simpan. Sebab hujan, pakcik terpaksa tutup kedai. Lain kali ya". Kalau rumah aku sebelah Wang Kelian ni takdak hal la. Takdak jodoh la kawan aku dengan jersey dia.
Ini la tujuan aku nak pegi Wang Kelian sebab nak beli benda ni. Dulu tak mampu nak beli, bila dah besar baru dapat beli. Tiap2 hari aku berlatih guna, sampai lebam tangan kaki.

 Aku belanjakan total RM105.Habis elaun aku. Memang lari la savings aku bulan ni.

Exam Semester 2 PPF

 
Rasanya macam bulan lepas aku start semester kedua kat KSKB Sungai Buloh tu. Tup tup dah habis dah pun final exam semester kedua. Maybe minggu depan result akan keluar. Harap-harap aku lulus semuanya.
Review exam paper:
Behavioral Science (omputeh la sangat padahal Sains Tingkah Laku,STL) : Ok2 la.SEQ banyak tanya definisi. 
Microbiology : Soalan tak tersangka. Mau taknya, kami diberitahu nama2 microbe tak usah dihafal, sekali soalan keluar " namakan microbe dan jenis penyakitnya". Apa kes ni, tak dak dalam syllabus.
Chemistry : Ok la, boleh jawab. Semua soalan penuh jawapan.
Amalan Farmasi : Gila soalan. Aku tak hafal pun semua benda tu. Harap2 lulus pun Alhamdulillah.
Farmaseutik 3 : Walaupun tak sempat cover semua subjek, aku dapat penuhkan semua jawapan. Alhamdulillah.
Pharmacology 1 : Cheq banyak hentam fakta.
Pharmacology 2 : Last paper, ingatkan dapat la aku bersuka ria, rupanya ada harapan aku repeat paper tu balik. Soalan maut beb. Dia bagi nama ubat, dia suruh cerita cara tindakan dia. Aku dah la tak tido semalaman sebab study semua tu, tapi apa yang aku study tak terkeluar time exam.BLANK. Tawakal je la.

Habis exam, terus keluar merewang kat The Store Sungai Buloh. Then sabtu bawa kawan aku yang tak pernah kluar kL pergi Times Square and Jalan TAR. Banyak gilak sale kat Times Square. Korean style.Aku beli la sehelai ja blouse. Nak kena bajet duit sebab nak pergi shopping kat Wang Kelian plak with my family.Ikutkan hati nak ja borong 2,3 helai.

Malamnya, balik Kedah naik transport terbaru aku, train KTM Senandung Langkawi. Tiket dia murah gilak, RM21 economy class. Selalunya aku akan dapat seat sebelah lelaki, and my classmates selalu cakap " Kakyong selalu dapat seat sebelah jodoh". So, before naik train, aku minta la tukar dengan classmate aku sebab takut terdapat seat sebelah lelaki lagi. And dia setuju. Naik train je, yup, memang betul, aku dapat seat sebelah lelaki. Agak handsome. Tapi nak buat macam mana, aku dah tukar dah dengan classmate aku. Takkan nak minta tukar balik, nampak sangat aku ni gedikss. Apa yang classmates aku bagitau, lelaki tu study engineering kat UPNM. Waaa, melepas aku. Tentera kot. Tapi nampak dari muka dia, dia tu already taken.

Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Alor Setar....

p/s: doakan aku lulus semua paper. tak kesah la pointer bawah 3.0,asalkan semua lulus. Aminn

Monday, September 17, 2012

update after mid sem 2

 
 
 
It’s been a long long time that I didn’t update this lovely blog. One of the reason is I already terminated my Maxis broadband because I want to save my money to buy a motorcycle. My current choice is


or maybe any cool and updated scooter that I can afford

New update about me:
# currently study diploma pharmacy in 2nd sem. Without juniors as my juniors are in KSKB Ulu Kinta becoz KSKB UK will be the only KSKB that hve pharmacy course. And I heard many gossips that my batch ‘ll transfer there soon but don’t know when.
# already finished mid sem exam which I predict that I am fail 1 subject, Amalan Farmasi. The reason is I didn’t study well the subject that need me to remember all the history and concept of pharmacy. I cannot goreng2 the answer because they are facts.
# and 1 more that I just finished last 2 days is exam amali, which is we get the ingredients, and we need to prepare the drugs. I cannot finished well becoz I didn’t manage well 1 hours 15 minutes. I need to prepare 2 drugs, emulsion and ointment. I took longer time on emulsion because I spend too much time on calculating the quantity of each bahan. The result was my ointment was not perfectly ointment and the amount that I need to present was not enough. I feel that I also failed this exam.
That’s all for now.  ;)

Saturday, June 02, 2012

Why only one post appear on my homepage?

 


Apasal la setiap kali aku buka blog aku, hanya satu post je muncul kat homepage? Buka blog orang lain, ok je. Berjela-jela plak post muncul.Tension jugak la bila aku tengok blog sendiri padahal bagi orang lain tak penting pun semua tu.Aku ingatkan aku tersilap setting ke apa, tapi bila check balik,setting ok. No prob. Template kot tak ok, so tukar la template baru. Tukar dan tukar lagi tapi masih tak berubah,,,, yang berubahnya template blog aku.
So, dengan takdak kejanya aku pun search la kat internet untuk solusinya. Dan aku pun terjumpa blog The Real Blogger Status.
Penyebab musabab kenapa blog aku jadi macam ni sebab photo2 dalam blog aku, aku just copy paste je dari web.Drag and drop technique. Sebenarnya tak boleh sebab gambar2 tu besar dan banyak sangat.
Sebagai solusinya, aku dikehendaki:
  1. Delete semua gambar yang aku copy paste dari web/google image. 
  2. Ganti balik gambar-gambar tu dengan gambar yang sama or gambar baru tapi bukan copy paste lagi.Agak skema sikit la cara ni.
  • First,bila dah jumpa apa2 gambar dari web, right click and copy link location image
  • 2nd,balik ke blog post and cari button 'insert image' yang ada kat toolbar new post tu. Nampak 'from URL', insert link kat situ then 'add selected'. 
  • and DONE.

Monday, March 26, 2012

March


 

Banyak benda yang berlaku tapi aku tak update kat blog ni. Banyak sebenarnya nak share dengan korang. Tapi tak sempat, takda masa. Sorry for that.Taknak merepek panjang, just summarising some incident happen in this month.

March
1st week aku cuti seminggu. Cuti mid sem. And ada 2 Sabahan ikut aku balik Kedah. Memang enjoy sebab hari-hari keluar bawa dorang menjelajah sekitar kawasan Alor Setar- Arau -Kangar. And my Abah give permission untuk bawa kereta beliau. Overexcited sebab tak pernah bawa kereta sendiri tanpa Abah di sisi. Tapi failed time parking kereta kat Pusat Sains sebab aku conquer 2 petak parking tanpa rasa bersalah. My bad...aku memang failed parking kereta ikut piawaian.
2nd week start kelas. Karnival sukan farmasi bermula.Aku masuk futsal game. My team is KAKI BANGKU team. Surprisingly, kami dapat tempat keempat. Memang lenguh-lenguh kaki semua sebab lama tak lasak and before main tak stretching dulu urat-urat yang lama berehat. Last day tu, kitorang main 3 games sekaligus. Memang pancit terus la den.
Elaun buku masuk and aku gunakan untuk beli jajan. 1st time masuk The Store Sungai Buloh. Not bad la.
3rd week
Busy dengan assignment and folio. Sampaikan aku terpaksa tidur pukul 2 pagi untuk siapkan keja.Sekarang aku dah siapkan semua keja sebab tu ada masa untuk dibuangkan kat sini.

Sebulan 2 minggu lagi untuk final exam....
Till we meet again with another routine ....


Wednesday, March 21, 2012

Jodoh

 
 
Maybe pendapat aku tentang jodoh agak matang sebab kawan-kawan banyak mintak pendapat aku. Padahal aku tak pernah pun mengalami situasi-situasi yang depa tanya. Dan aku memang takda pengalaman bercinta dengan lelaki bukan mahram. Nak kata aku banyak berfikir pasal jodoh, tak juga tapi ada la terfikir. Maybe pengalaman orang sekeliling aku tentang jodoh mematangkan fikiran aku. Jodoh ni Allah dah tentukan. There is no reason why we love he/she when kita jumpa jodoh kita. True right?
 
And aku tak tahu dari mana aku dapat keberanian untuk masuk campur urusan one of my BFF bila dia dilemma pasal jodoh dia. Ada sorang mamat proposed dia untuk dijadikan isteri tapi taktahu nak terima ke tak sebab dia lebih suka kat mamat sorang lagi(kawan kitorang).And aku permudahkan urusan depa dengan jadi orang tengah, perantara, wakil sampaikan hajat masing-masing. The best things is bila dua-dua kawan aku tu suka sama suka tapi masing-masing takda keberanian nak berterus-terang. 
 
Sekarang terpulang la kepada depa nak mencorakkan perhubungan itu macam mana.
Semoga Allah permudahkan urusan depa. Kalau ada jodoh, tak kemana.
 


Jodoh ni cermin kepada diri kita.Nak tau jodoh kita orang dia macam mana, tengok je kat diri kita. Perempuan yang baik kan untuk lelaki yang baik and vice versa.Kalau dapat jodoh yang tak baik tu, itu sebagai ujian untuk diri kita supaya kita boleh bimbing partner kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. 
 

 
 
 


Friday, February 17, 2012

out of blue

 
 
 
Sangat la lama aku tak meng'update' blog ni. Ini bermakna aku busy with my current life. Study, melepak dengan kawan. Kalau korang nak tahu hidup aku macam mana kat KSKB ni, everything awesome.
Just short update, sebab rasa macam dah lama mengabaikan blog  ni.
 
 


Kepada kawan-kawan yang anggap aku ni sombong sebab tak contact korang, sorry ye. Mesej je la aku kalau korang rindu aku.*bajet semua kawan aku baca je blog aku, padahal sikit je follower*