CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 23, 2011

Surat perletakan jawatan


Esok hari last aku keja sini. Semua kerja dah settle, InsyaAllah. Sempena perletakan jawatan aku, aktiviti esok di PAKK Pauh ialah buat kek coklat kukus dengan kanak-kanak ni. Sebelah petangnya akan diadakan majlis perpisahan (sob sob, sedih la pulak) dan majlis pelatikan penyelia baru iaitu Kak Siti. Majlis esok dihadiri AJK Taman Pauh Indah, Arau yang before ni aku tak kenal pun sapa tapi jemput la jugak sebab ni la masanya untuk kenal AJK kan even dah 2 bulan aku kerja kat sini, aku cuma kenal sorang je AJK. Tu pun sebab rumah dia depan PAKK. Maybe dengan menjemput mereka, memudahkan kerja Kak Siti lepas ni.

Contoh surat perletakan jawatan aku. Blurrr kan? Pandai2 la sesapa yang copy paste. Usaha tangga kejayaan

Nampak tak yang perletakan jawatan aku berkuat kuasa 25 Disember? Tipu je tu sebab memang sepatutnya aku keja sampai esok je tapi last minute, rakan seperjuangan aku iaitu penyelia-penyelia negeri Perlis minta tolong buatkan insurans kanak-kanak untuk program 'Jom Naik Kereta Api'  untuk program 28 Disember ni. Saja ja suruh aku sebab nak wajibkan aku join program tu untuk jadi pengiring kanak-kanak Pauh. Kena minta elaun lebih ni..

Thursday, December 22, 2011

My decision


Rasanya semua orang dah tahu yang aku decide nak terima offer KKM yang aku akan ambik diploma farmasi untuk jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Aku tahu ramai yang kecewa dengan pilihan aku, tapi aku tak salahkan korang. Korang memang sahabat aku dan korang nak yang terbaik untuk diri aku. Daripada buat diploma baik buat degree kan? Tapi ini keputusan parents dan family...

Berkuatkuasa 25 Disember, aku sudah meletakkan jawatan sebagai penyelia PAKK Pauh. Banyak benda yang aku perlu uruskan, iaitu memberi tunjuk ajar kepada bakal penyelia PAKK Pauh ini, menyiapkan laporan aktiviti yang berkajang lagi banyaknya, minit mesyuarat yang berjela-jela, dan surat perletakan jawatan. Macam mana ek surat perletakan jawatan tu? Aku memang ada pengalaman kerja kat banyak tempat, tapi sebelum ni tak pernah lagi la kena hantar surat perletakan jawatan kalau nak resign.

Okay, cukup setakat ni kot, dah 3 hari aku pulun siapkan kerja-kerja tu, tapi tak siap-siap lagi. Better aku siapkan sekarang. Nanti aku post surat perletakan jawatan tu. Mungkin boleh dijadikan contoh kepada sesiapa yang plan nak berambus dari tempat keja sekarang..

Saturday, December 10, 2011

Degree or DIPLOMA?


Syukur Alhamdulillah, Allah dah buka jalan untuk aku sambung study. Rezeki mencurah-curah sampai aku TAK TAHU nak pilih yang mana.
atau

Kusut nak pilih sebab perbezaan DEGREE dengan DIPLOMA bukannya sebab course pun. Kawan-kawan semua dah buat degree and aku takkan nak buat diploma. My Mak Abah nak aku terima farmasi sebab kerja terjamin dapat and accountancy tu belum tentu akan dapat kerja right after grad. Istikharah dah, and ramai sokong aku pergi pharmacy. But lately, rasa rugi pulak nak buat diploma padahal offer untuk buat degree ada.
K-U-S-U-T
ALLAH sentiasa ada. ALLAH dengar semua masalah aku. And I think, I should pilih sekarang.


Wednesday, December 07, 2011

PAKK i


Kerja kat Perlis ni ada kebaikan dan keburukannya untuk aku. 
Kebaikan :

  • Dapat melatih diri berjauhan dengan anak menakan/sedara aku yang comey, aktif dan nakal tu. Before kerja kat Perlis dulu, ingat akan rasa homesick la kalau berjauhan dari Ecah, my niece.
  • Dapat menambahkan skill menunggang motorcycle untuk perjalanan jauh. Sejam je perjalanan dari umah Nenda aku ke rumah MakAbah aku. Taklah jauh sangat.
  • Dapat kenal suasana dan tempat baru. Contohnya before ni tak pernah pun jejalan dalam Politeknik Syed Sirajuddin padahal politeknik tu seberang jalan je dari rumah Nenda aku. Pergi UiTM Arau untuk sain cheque gaji.
  • Dapat pengalaman handle kanak-kanak yang segala macam ragam.
  • Jadi more creative sebab selalu buat aktiviti-aktiviti kraf sebab aktiviti ni memang budak-budak suka.
  • Jimat duit gaji sebab lunch murah and kekadang free sebab balik makan kat rumah Nenda. Minyak motor pun guna jimat sebab rumah Nenda ke tempat kerja dekat jer. Shopping mall tak banyak. And FYI, kat Perlis takda cinema.

Keburukan pulak :

  • Jauh dari family and kawan-kawan melepak. Kat Perlis, aku takda kawan untuk diajak melepak.
  • Penat tunggang motor every week sebab balik Kedah.
Sikit je keburukan dia, aku ingatkan banyak. Maybe tak terlintas lagi dalam fikiran aku. Nanti la update lain.
Petang ni pukul 6.00 petang tepat, aku tutup PAKK, terus pecut balik Kedah sebab cuti aku kat sini Khamis Jumaat.


Tuesday, December 06, 2011

Adik, suara adik memang terbaik!!





Best dengar budak ni nyanyi. 
Sapa la Mak Bapa dia.
Aku paling suka part after dia habis nyanyi, 
dia lari dari kamera dengan muka innocent, naive and cute.

Komen Oh! Media memang terbaik

Papertoys

Dup dap dup dap!! Terkejut gilerr.Tengah syiok membuang masa depan pc sebab takda mood nak buat aktiviti kat kanak-kanak ni, dapat emergency sms thru my phone from penyelia PAKK Kuala Perlis iaitu Kak Wanie. Dia bagitau yang ada Inche Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat terjah PAKK dia. Aku pun apalagi terus la gather semua kanak-kanak yang berselerak dalam PAKK aku ni, untuk buat aktiviti. Aktiviti emergency hari nie ialah buat paper toys. Bahan memang dah tersedia minggu lepas, tapi bila aku try buat sendiri minggu lepas, agak susah la untuk kanak-kanak ni. Tu yang tak go on je aktiviti ni. Tapi tadi aku buat juga la sebab kalau tetiba Inche Pegawai tu datang and tengok aku tak buat aktiviti apa-apa, memang nak kena jawab segala macam soalan yang menyesakkan perut aku.

Paper toy hari ini adalah:
Kawaii cat


Emotional jack

and ada lagi la angry bird, gundam robot and apa ntah nama dia

*sumber bahan dari Little Plastic Man. Boleh la kalau nak try, download template yang disediakan di blog beliau.

Friday, November 25, 2011

Penyelia PAKK Pauh


My new job is as a penyelia di Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Pauh which situated in negeri Perlis. Why Perlis? Because PAKK ni dekat je dari rumah Tok aku. Sangat dekat. Dibandingkan dari rumah AbahMak aku ke Shahab Perdana. FYI bagi sesiapa yang tak tahu lagi, aku ni sudah kerja banyak tempat sepanjang tak dapat sambung study memana lagi. Antara pekerjaan aku ialah:
  • Gadis penjual topup : Kedai kawan aku punya,dekat je dari rumah aku tapi kerja sambilan je la sebab kalau takda orang jaga kedai, baru kawan aku tu call aku suruh ganti tempat dia.
  • Pembantu butik pengantin : Bos aku best giler bangang tapi nobody perfect right.ada la sifat dia yang Mak aku tak berkenan, so Mak aku suruh aku quit. Sebagai anak mithali, ikut je la.
  • Pembantu kedai majalah : Kedai serbaneka sebenarnya, majalah ada, makanan minuman ada. Kedai PakNgah aku. Aku berenti sebab rasa tak selesa dengan *************

Lastly, aku kat PAKK ni. Sekarang tengah kerja la. PAKK ni under Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebagai penyelia, aku bekerja sebagai kerani sebab kena buat laporan segala bagai, cleaner untuk bersihkan satu PAKK ni, gardener sebab kena jaga pokok-pokok bunga kat luar PAKK ni and jadi babysitter sebab kena pantau kanak-kanak bermain and plan aktiviti yang menarik minat mereka but mostly depa tak berminat pun..Huhu.
 
Penyelia-penyelia negeri Perlis time pertandingan Bowling antara PAKK Perlis.
 






Tuesday, November 01, 2011

AHLAN Wasahlan

Welcome to my second blog. My 1st blog, Hikayat Alam got some problem that I dont know what, so I decide to make a new blog. More girlish sikit la my blog this time but I know my friends will love it because they always want me to be more girlish. Header blog ni rasa macam tak kena kan dengan my blog, so sesapa yang ada suggestion jangan la memalu untuk utarakan opinion korang. That's all for opening ceremony.


Cut the ribbon


and a banner comes out

Monday, October 31, 2011

Infinity of Life

In the infinity of life where i am ,
all is perfect,whole and complete,
and yet life is ever changing.
There is no beginning and no end,
only a constant cycling and recycling
of substance& experiences.
Life is never stuck or static or state,
for each monent is ever new and fresh.
I am one with the very power that created,
me,and this power has given me the power to
create my own circumstances.
I rejoice in the knowledge that I have the
power of my own mind to use in any way
I choose.
Every moment of life is a new beginning
point as we move from the old.
This moment is a new point of
beginning for me right here and right now
All is well in my world.
(Culled from the book you can heal your life )
By Louise L.Hay.