CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 28, 2012

Duit hilang!!!

 

Pagi-pagi mood aku untuk buat apa-apa yang berfaedah burn macam tu je sebab the only money yang ada dalam wallet aku hilang, disappeared..Sedih... I dont know whether it was missing, misplaced or stolen. I just realize after Subuh this morning, after aku balik dari laundry room. Aku letak wallet tu atas meja study *tanpa sedar* lepas aku godek-godek cari syiling untuk mesin basuh..As usual..After that, pergi laundry room and balik bilik je, terperasan wallet atas meja study. Terus buka wallet tengok duit dah takda. My roomie pergi camp pukul 5.30 am tadi. So, memang takda sesapa la dalam bilik time aku pergi laundry room. Taknak syak ada pencuri, aku cari kat seluruh bilik sebab maybe aku tersilap letak, tapi hampa.Sedih gilak sebab tu je duit yang aku ada. Terpaksa la menebalkan muka aku sekadar 10 inch untuk pinjam kat my friends and my cousin yang tinggal kat Petaling Jaya.

Niat pagi-pagi ni nak study, tapi mood aku nak study pun dicuri sekali oleh pencuri tu. Dengan ketensionan yang ditinggalkan si pencuri, aku rasa macam nak buka mp3 speaker kuat-kuat biar bergegar 1 blok. Terlupa pulak yang lappy aku baru je reformat, memang takda sebutir lagu dalam lappy aku ni. Dari 7.30am sampai sekarang aku download lagu based carta FlyFm 30 and  lagu-lagu Bruno Mars and Linkin Park. 
  

Tadi niat nak gegarkan blok hostel dengan konsert rock kan tapi dengan kewarasan yang ada, aku lupakan niat tu. Sekarang lagu-lagu tu hanya bergegar kat dalam telinga aku je. 
 
Mood nak study takdak, yillek.. Akan aku paksakan diri aku untuk study after this.

p/s: esok nak pergi Times Square. jadi tour guide untuk classmate Sabahan. pitih plak takda.


Friday, January 13, 2012

Happy 21st Birthday

 
 
 
 
Officially 21 years old.
  Unbelievable yang aku dah pun menginjak ke usia dewasa (bagi aku) sebab dah diberi tanggungjawab mengundi untuk pilihanraya yang akan datang,,,,eh?
Bila umor 20, masih lagi rasa aku remaja muda belia yang boleh enjoy sesuka hati lagi.
Tapi bila dah naik ke 21 and above, rasa dah mula masuk alam dewasa and kena la bersikap matamg sikit.
Dah boleh dah cari calon suami..nak ke?
Pasal jodoh, aku berserah je pada Yang Maha Esa.
Berkawan baik dengan orang yang dah kahwin ni, buat aku rasa macam nak kahwin cepat-cepat.
Sorry kalau annoying sikit.
Special thanks to Fairuz, Farah, Amal, Niza and Zani sebab dorang la antara terawal wish birthday kat aku time aku dah lena dengan nyenyaknya disebabkan kepenatan.
Dorang nyanyi lagu Happy Birthday ramai-ramai dengan suara macam kat pentas Hard Rock Cafe sampaikan roomate aku pun boleh dengar nyanyian merdu dorang.
Sebenarnya roomate aku, Adlina taktahu pun pasal birthday aku, dia dapat tahu pun lepas dengar dorang nyanyi. And she belanja me nasi goreng kampung for dinner as a present.
Tapi my Emak dah wish awal lagi dari korang. =)
Aku ingatkan Aina dah lupakan birthday aku, but the truth is handphone aku ada problem and semua mesej tak sampai kat inbox aku. She wished me at 9.56 am. And aku dapat mesej dia at 6.00 pm.
As usual, ramai yang wish through mesej. Thank you so mucho, appreciate sangat-sangat.
Kalau sesapa perasan, aku hide my birthday kat facebook aku. And ada juga yang wish.
Aiman, Rosnie, Kak Iza, Kamila.
After aku unhide balik, berduyun-duyun yang wish.
Syukran semua.
Kawan-kawan MRSM KuPa, MRSM Merbok, SMKAJ, UCSI, UiTM and junior-junior UCSI.
Yang paling aku tak sangka, my classmates buat birthday's powerpoint slide, ala-ala gempak la jugak. Tutup lampu kelas and biarkan slide tu yang menyala and dorang nyanyi lagi Happy Birthday. And surprisingly aku ada sorang twin dalam kelas tu tapi dia muda setahun. And the slide tu untuk aku and my twin, Fatin Nabila.
Memang terbaik la korang sebab sporting even baru seminggu je kenal.
Cukup la untuk ucapan yang berkajang-kajang. 
Wish aku tahun ni ialah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana panjangkan usia aku sehingga hari ini. Dapatlah aku memperbaiki diri sebagai  hamba yang hina. Dapat juga aku tambah pengetahuan dan dapat buat persediaan untuk bertemu dengan Engkau kelak. Semoga Kau memberkati usia aku. Semoga Kau melindungi aku dari godaan syaitan dan nafsu. Aku mohon YA ALLAH...Aminn.
Terima kasih Emak Abah kerana melahirkan aku dan membesarkan aku sampai aku jadi muslimah sekarang.
Dah 21, and dah pun sambung study kat KSKB Sg. Buloh, aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan pointer 3.8 above sebab aku nak sambung degree in pharmacy...InsyaAllah.
Semoga aku bertemu jodoh yang baik cepat-cepat 
(masih dalam mood gatal nak kahwin)
 
 
*ni la slide powerpoint yang classmate aku buat
 
 






 

 

Wednesday, January 11, 2012

Intro KSKB Part I

 
 
Latest entry pasal malam before aku mendaftar ke KSKB Sungai Buloh and after that takda new entry. Mesti korang fikir aku sudah melupakan blog aku seperti kacang melupakan kulit after aku dah jumpa kawan-kawan baru and dah start menjadi pelajar nerdo. Owh, please,,, apakehal aku nak lupakan blog aku. Blog ni la tempat aku nak mencurahkan apa yang aku rasa aku taknak cakap face to face. 

First of all, aku tak puas hati masa pagi hari pendaftaran. Emak aku taknak hantar aku kat KSKB sebab susah nak kawal Ecah, my liltle niece yang sangat lincah pergerakannya. Tapi bukan Emak aku cakap taknak hantar, tapi ada orang lain cakap, tak payahlah pergi hantar, nanti Ecah siapa nak jaga. Waktu tu, aku dah tak puas hati dah. And janji nak pergi daftar pukul 10, and pukul 8 pagi baru aku iron baju kurung. Tetiba, the other family hon kereta pukul 8.30am and cakap nak pergi dah. Time tu kalut giler la aku iron baju and mandi. Dalam hati dah menyumpah-nyumpah dah and dah rasa macam nak cakap "Pergi la dulu daftar sendiri, nanti Pikah pergi daftar sendiri naik taxi" after tengok muka cemberut dorang. Tapi aku siapkan la apa yang patut dengan hati yang sakit and naik kereta.Yang sedihnya, aku tak sempat salam cium tangan,muka Emak aku before naik kereta. Rasa terkilan sampai sekarang.

p/s: esok aku sambung, lewat malam sangat.kelas pukul 8.00 pagi esok

Tuesday, January 03, 2012

Sehari before KSKB Sg. Buloh


Macam tak percaya esok aku akan mendaftar kat KSKB Sungai Buloh. Seriously?? Memang tak dapat dinafikan lagi. Esok aku akan bergelar pelajar diploma farmasi. Esok juga akan bermula kehidupan baru aku kat KSKB Sugai Buloh. Tak tahu ak tafsir macam maa perasaan aku.. Nantikan update aku esok jikalau ada kesempatan sebab tak sure lagi orientation teruk ke tidak.


Bertolak dari Alor Setar semalam pukul 1.30am and sampai kat homestay kat Kuala Selangor pukul 7.00am. Not bad la homestay ni. Kampung style, lengkap facilities kecuali no wifi. Harga RM150 per day. Ada 2 bilik,dapur untuk masak, toilet semestinya la kan....Besar rumah ni sebesar rumah teres kos rendah. 

Tadi bersiar-siar sekitar KL. Lunch kat Kampung Baru, pergi Sogo and Jalan Tar. Tapi aku tak tahu kenapa, aku takdak mood nak shopping apa-apa even aku ada juga berkenan certain things. Maybe aku fikir, duit tu lebih penting aku gunakan untuk belanja sepanjang study kat KSKB sementara tunggu elaun masuk. Maybe bulan April nanti. And aku rasa nak menangis sebab tengok orang lain enjoy shopping macam-macam barang. Air mata tu macam tunggu nak mengalir je tapi aku tahan sebab taknak Emak Abah aku perasan. Aku taknak menyusahkan Emak Abah aku even tadi Emak aku nak belanja aku. Aku  taknak nanti after hantar aku kat KSKB, Emak Abah aku bersusah payah di Kedah cari duit untuk support aku sementara tunggu elaun masuk.

p/s:emo once a month

Sunday, January 01, 2012

Truely new year!


Its already 2012. New year, new place, new subject and new friend. New environment, new resolutions. Like last year, my new year resolution is to be better person than last year. Cliche' right? Never mind la.But ada juga azam lain iaitu nak jadi best student pharmacy kat KSKB Sungai Buloh. Kena kurangkan main-main, kena rajin study, kena jadi more active and cergas. InsyaAllah.. 
After midnight nanti, akan bertolak la rombongan aku and family ke Sungai Buloh. Daftar 3rd January, so esok maybe jalan-jalan sekitar Selangor-KL. Doakan perjalanan aku selamat and doakan aku berjaya dalam bidang farmasi. Gambatte!!