CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 23, 2011

Surat perletakan jawatan


Esok hari last aku keja sini. Semua kerja dah settle, InsyaAllah. Sempena perletakan jawatan aku, aktiviti esok di PAKK Pauh ialah buat kek coklat kukus dengan kanak-kanak ni. Sebelah petangnya akan diadakan majlis perpisahan (sob sob, sedih la pulak) dan majlis pelatikan penyelia baru iaitu Kak Siti. Majlis esok dihadiri AJK Taman Pauh Indah, Arau yang before ni aku tak kenal pun sapa tapi jemput la jugak sebab ni la masanya untuk kenal AJK kan even dah 2 bulan aku kerja kat sini, aku cuma kenal sorang je AJK. Tu pun sebab rumah dia depan PAKK. Maybe dengan menjemput mereka, memudahkan kerja Kak Siti lepas ni.

Contoh surat perletakan jawatan aku. Blurrr kan? Pandai2 la sesapa yang copy paste. Usaha tangga kejayaan

Nampak tak yang perletakan jawatan aku berkuat kuasa 25 Disember? Tipu je tu sebab memang sepatutnya aku keja sampai esok je tapi last minute, rakan seperjuangan aku iaitu penyelia-penyelia negeri Perlis minta tolong buatkan insurans kanak-kanak untuk program 'Jom Naik Kereta Api'  untuk program 28 Disember ni. Saja ja suruh aku sebab nak wajibkan aku join program tu untuk jadi pengiring kanak-kanak Pauh. Kena minta elaun lebih ni..

No comments: