CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 22, 2011

My decision


Rasanya semua orang dah tahu yang aku decide nak terima offer KKM yang aku akan ambik diploma farmasi untuk jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Aku tahu ramai yang kecewa dengan pilihan aku, tapi aku tak salahkan korang. Korang memang sahabat aku dan korang nak yang terbaik untuk diri aku. Daripada buat diploma baik buat degree kan? Tapi ini keputusan parents dan family...

Berkuatkuasa 25 Disember, aku sudah meletakkan jawatan sebagai penyelia PAKK Pauh. Banyak benda yang aku perlu uruskan, iaitu memberi tunjuk ajar kepada bakal penyelia PAKK Pauh ini, menyiapkan laporan aktiviti yang berkajang lagi banyaknya, minit mesyuarat yang berjela-jela, dan surat perletakan jawatan. Macam mana ek surat perletakan jawatan tu? Aku memang ada pengalaman kerja kat banyak tempat, tapi sebelum ni tak pernah lagi la kena hantar surat perletakan jawatan kalau nak resign.

Okay, cukup setakat ni kot, dah 3 hari aku pulun siapkan kerja-kerja tu, tapi tak siap-siap lagi. Better aku siapkan sekarang. Nanti aku post surat perletakan jawatan tu. Mungkin boleh dijadikan contoh kepada sesiapa yang plan nak berambus dari tempat keja sekarang..

No comments: