CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 13, 2012

Happy 21st Birthday

 
 
 
 
Officially 21 years old.
  Unbelievable yang aku dah pun menginjak ke usia dewasa (bagi aku) sebab dah diberi tanggungjawab mengundi untuk pilihanraya yang akan datang,,,,eh?
Bila umor 20, masih lagi rasa aku remaja muda belia yang boleh enjoy sesuka hati lagi.
Tapi bila dah naik ke 21 and above, rasa dah mula masuk alam dewasa and kena la bersikap matamg sikit.
Dah boleh dah cari calon suami..nak ke?
Pasal jodoh, aku berserah je pada Yang Maha Esa.
Berkawan baik dengan orang yang dah kahwin ni, buat aku rasa macam nak kahwin cepat-cepat.
Sorry kalau annoying sikit.
Special thanks to Fairuz, Farah, Amal, Niza and Zani sebab dorang la antara terawal wish birthday kat aku time aku dah lena dengan nyenyaknya disebabkan kepenatan.
Dorang nyanyi lagu Happy Birthday ramai-ramai dengan suara macam kat pentas Hard Rock Cafe sampaikan roomate aku pun boleh dengar nyanyian merdu dorang.
Sebenarnya roomate aku, Adlina taktahu pun pasal birthday aku, dia dapat tahu pun lepas dengar dorang nyanyi. And she belanja me nasi goreng kampung for dinner as a present.
Tapi my Emak dah wish awal lagi dari korang. =)
Aku ingatkan Aina dah lupakan birthday aku, but the truth is handphone aku ada problem and semua mesej tak sampai kat inbox aku. She wished me at 9.56 am. And aku dapat mesej dia at 6.00 pm.
As usual, ramai yang wish through mesej. Thank you so mucho, appreciate sangat-sangat.
Kalau sesapa perasan, aku hide my birthday kat facebook aku. And ada juga yang wish.
Aiman, Rosnie, Kak Iza, Kamila.
After aku unhide balik, berduyun-duyun yang wish.
Syukran semua.
Kawan-kawan MRSM KuPa, MRSM Merbok, SMKAJ, UCSI, UiTM and junior-junior UCSI.
Yang paling aku tak sangka, my classmates buat birthday's powerpoint slide, ala-ala gempak la jugak. Tutup lampu kelas and biarkan slide tu yang menyala and dorang nyanyi lagi Happy Birthday. And surprisingly aku ada sorang twin dalam kelas tu tapi dia muda setahun. And the slide tu untuk aku and my twin, Fatin Nabila.
Memang terbaik la korang sebab sporting even baru seminggu je kenal.
Cukup la untuk ucapan yang berkajang-kajang. 
Wish aku tahun ni ialah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana panjangkan usia aku sehingga hari ini. Dapatlah aku memperbaiki diri sebagai  hamba yang hina. Dapat juga aku tambah pengetahuan dan dapat buat persediaan untuk bertemu dengan Engkau kelak. Semoga Kau memberkati usia aku. Semoga Kau melindungi aku dari godaan syaitan dan nafsu. Aku mohon YA ALLAH...Aminn.
Terima kasih Emak Abah kerana melahirkan aku dan membesarkan aku sampai aku jadi muslimah sekarang.
Dah 21, and dah pun sambung study kat KSKB Sg. Buloh, aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan pointer 3.8 above sebab aku nak sambung degree in pharmacy...InsyaAllah.
Semoga aku bertemu jodoh yang baik cepat-cepat 
(masih dalam mood gatal nak kahwin)
 
 
*ni la slide powerpoint yang classmate aku buat
 
 






 

 

No comments: